Thursday, October 13, 2011

Video Wajah 1 Malaysia

Salam Satu Malaysia.
Video ini sebenarnya telah saya hasilkan pada tahun lepas sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 SK Methodist ( ACS ) Kampar. Gambar-gambar dalam klip ni diambil semasa Hari Kibar Jalur Gemilang dan Hari Penyerahan Jalur Gemilang PIBG yang telah dijalankan sebelumnya. Untuk pengetahuan semua, murid-murid sekolah ini terdiri daripada kaum yang berbilang bangsa dan agama.Walaupun sekarang saya telah bertugas di tempat baru iaitu di SK Kuala Dipang, video ini saya boleh jadikan sebagai BBM untuk set induksi kerana ianya bersesuaian dengan salah satu tema di dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 5 iaitu 'Hidup Bersama Di Sekolah Dan Dalam Masyarakat'.  Bersemangat kalau dengar. Lirik pun ada disertakan sekali. Semoga semangat ini terus membara di kalangan murid-murid sekolah ini. Enjoy!

Lagu 1Malaysia : Faizal Tahir - Malaysia Satu

Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani
Melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan
Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janjiku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham
Pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang
Demi membawa perubahan
Satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia
Kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang
Kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan
(2x)


PEACE, HARMONY, UNITED

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...