Saturday, December 10, 2011

KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Hai semua. Kali ni Cikgu Chuain nak tunjukkan slideshow yang mudah untuk difahami oleh anak-anak didik di sekolah. Gambar-gambar pada slideshow ini amat berguna untuk tema ke-5 dalam matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan terutama bagi memperkenalkan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Gambar-gambar ini adalah ehsan daripada blog http://ayuhumaira.blogspot.com/ yang mana telah banyak membina kit-kit pengajaran untuk murid prasekolah. Terima kasih banyak-banyak. Cikgu Chuain cuma tukarkan dalam bentuk slideshow di bawah. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan BBM di bawah. Murid-murid boleh menamakan jenis-jenis kaum berdasarkan slaid yang ditunjukkan. Semoga anda semua mendapat manfaat daripada slideshow ini. Terima kasih.



PEACE, HARMONY, UNITED

Friday, December 9, 2011

JOM SUSUN GAMBAR

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Dah fahamkan serba sedikit mengenai kaum-kaum di Malaysia. Jom kita cuba susun keratan-keratan gambar ni. Aktiviti ini jika dijalankan di dalam kelas boleh dijadikan sebagai satu pertandingan. Siapa yang cepat susun, dialah yang menang. YEAY!



PEACE, HARMONY, UNITED

Wednesday, December 7, 2011

GLOG 1 : KAUM MELAYU

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Apa kat bawah ni ye? Mesti tertanya-tanya, kan? Ok, untuk pengetahuan semua, ini dinamakan GLOG. GLOG??? Apa itu GLOG. Tak pernah dengar pun. Kalau nak tahu lebih lanjut, jom google! 
WIKIPEDIA, apa maksud GLOG???

Glog may refer to:
a graphics blog or graphical blog; online rich media poster

Kalau nak lebih faham lagi biar Cik Chuain tolong terjemahkan. Sebenarnya GLOG lebih mudah diterjemahkan sebagai satu  blog yang penuh dengan grafik dan boleh dirangkaikan dengan maklumat yang ada dalam talian. Percaya tak maksudnya macam ni? Kena percaya, jenuh Cik Chuain buat research kat Google Tanslate ha ha ha. Ye la tu. OK, Cik Chuain tinggalkan explorer semua dengan glog yang baru siap ni. Boleh la cuba-cuba tekan mana yang patut. KLIK la pada perkataan atas poster ni. Tengok apa yang bakal terjadi. Jeng!Jeng!Jeng! Nak buat full size pun boleh. Tekan je pada perkataan Glogster tu.  Lepas ni banyak lagi yang akan menyusul. Kalau suka boleh tinggalkan komen. Tunggu poster tu muncul ye. Happy exploring!


Gambar-gambar yang ada pada glog di atas adalah ehsan dari blog Ayuhumaira. Terima kasih.

PEACE, HARMONY, UNITED

Tuesday, December 6, 2011

TARIAN DAN SENI TARI : TEKA SILANG KATA


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Kembali ke segmen Kenali Budaya Malaysia. Hari ni macam biasa Cikgu Chuain nak uji pengetahuan semua mengenai tarian di Malaysia melalui teka silang kata di bawah. Aktiviti ini kita boleh dilakukan bersama murid-murid di dalam kelas untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Selamat mencuba! 


Arahan: Klik pada kotak silang kata dan taip huruf-huruf pada setiap kotak. Good luck!!!


PEACE, HARMONY, UNITED

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...