Wednesday, November 30, 2011

BAHASA DAN DIALEK 3 : JOM TEKA DIALEK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Baru je siap brain teaser ni.. Kalau berani boleh cuba.. :)
Teka dulu tau baru tengok jawapan. Jangan
 ' ngelat ‘..  He he he


Macamana? Boleh ke jawab?? Senang je kan?? Kalau boleh jawab, tinggalkan komen anda di bawah ye..
Anda semua memang  'AWESOME'



PEACE, HARMONY, UNITED

Tuesday, November 29, 2011

BAHASA DAN DIALEK 2: PENGENALAN DIALEK

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Pernah dengar perkataan dialek? Tak pernah? Pernah kot. Bukan Dialog ye tapi DIALEK. Dalam matapelajaran PSK Tahun 5 untuk tema Kenali Budaya Malaysia ini, memang ada tajuk ini diketengahkan. Sebelum tu kita tengok apa yang dimaksudkan dengan dialek. KAMUS, apa maksud DIALEK?

Dialek

(dialék) satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain)
Ayat: dialek Kelantan; dialek Kedah.


 Ok, dah faham kan? Bagus. Kita tengok bahagian lain pula. Terdapat banyak dialek yang ditutur oleh sesuatu komuniti di sesuatu tempat. 

Contoh dialek bagi masyarakat Melayu ialah :
  • a. Dialek Kedah
  • b. Dialek Kelantan
  • c. Dialek Perak
  • d. Dialek Terengganu
  • e. Dialek Sabah
  • f. Dialek Sarawak

Contoh dialek masyarakat Cina.
  • a. Dialek Hokkien
  • b. Dialek Kantonis
  • c. Dialek Hakka

Contoh bahasa yang ditutur dalam masyarakat India.
  • a. Bahasa Tamil
  • b. Bahasa Malayalam
  • c. Bahasa Telugu
  • d. Bahasa Punjabi

Dah tahu serba sedikit mengenai bahasa dialek di Malaysia? Apa? Tak cukup lagi? He he he ini baru pengenalan. Nanti Cik Chuain masukkan lagi banyak info mengenai dialek-dialek  di atas. SETUJU?? OK, DEAL!! Video meletup hari ini, jom Belajar Bahasa Terengganu... YEAY!!!! Rugi tak tengok.. :)





PEACE, HARMONY, UNITED

Monday, November 28, 2011

BAHASA DAN DIALEK 1: PENGENALAN BAHASA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Malaysia memang kaya dengan warisan budaya masyarakat berbilang kaum. Siapa setuju??? Boleh angkat tangan. :) Terima kasih. Sayang semua sekali. Terdapat pelbagai bahasa yang ditutur oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kita ada Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Bahasa Iban, bahasa Kadazandusun dan banyak lagi. Namun begitu bahasa utama yang dituturkan di Malaysia adalah Bahasa...???  A- Bahasa Semai   B- Bahasa Parsi   C. Bahasa Melayu. Jawapannya sudah pasti C- Bahasa Melayu. Alamak!!! Ada yang salah??? Kena belek buku teks balik ni. Tak apa. Cik Chuain sedia membantu. Ceritanya begini..... Tersebutlah kisah semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, "Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara." Boleh ingat?? Bagus... Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai asal usul Bahasa  Melayu, boleh tekan SINI , OK! Di bawah ini Cik Chuain letakkan video berkaitan dengan bahasa utama di Malaysia. Iklan-iklan ini pernah ditayangkan di skrin televisyen lama dulu dan cukup untuk menunjukkan kepada kita bahawa semua rakyat Malaysia boleh hidup bersama dalam keadaan harmoni, bersatu padu dan berjiwa Malaysia. Peace, Harmony, United!









PEACE, HARMONY, UNITED

Sunday, November 27, 2011

HARI KODEK-KODEK BLOG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Hmm kerja banyak tapi tak boleh nak tumpu.. Kepala terlebih guna sudah.. So, masuk sini kodek-kodek blog..ok tak?? Dah la kodek-kodek, terkedek-kedek pulak tu..!! hmm.. Kalau sudi berilah komen ye. Ini je yang mampu Cik Chuain buat. Siap buat pengumuman lagi " CIK CHUAIN SEDANG MENGKODEK BLOG. KALAU TERNAMPAK YANG PELIK-PELIK, ABAIKAN SAHAJA YE.. HE HE HE". Bukan apa, Cik Chuain takut kalau ada yang terjah kat blog ni terkejut tengok blog dalam keadaan bersepah. Karang terbantut mood nak jadi follower!!:P Takdelah, gurau je tu. Nak follow atau tidak itu kehendak masing-masing. Nak paksa follow pun rasa tak kena. Tapi apa salahnya kalau ada orang follow kita, kita follow balik, kan? At least dapat kita bertukar-tukar pendapat dan idea. Apa-apapun semua yang dah follow tu terima kasih ya. Yang Cik Chuain tak dapat follow tu bukannya apa, Tuhan saja yang tahu jenuhnya nak cari link! Kadang-kadang terpaksa buka semua joined link yang ada kat situ. Kalau takde tu, minta maaf banyak2. Boleh tinggalkan link pada shoutbox atau kat bahagian komen. Oh ya, kalau nk tukar link boleh tekan doodle pegang lappy warna purple tu ye. Senang Cik Chuain nak jejak semua. Insyaallah. Ok, Cik Chuain stop sampai sini dulu. Forum memanggil2 minta dijawab. Adious!

Mata ambe udoh berpinor-pinor!


PEACE, HARMONY, UNITED

Saturday, November 26, 2011

Salam Awal Muharam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,

Selamat menyambut Awal Muharam 1433H. Semoga di tahun baru ini segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T. Amin. Untuk pengetahuan semua, Awal Muharam merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh orang Islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Ini adalah hari yang amat penting bagi umat Islam dimana pada hari yang sama ( mengikut kalendar Islam ) telah berlaku penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 masihi. Ini adalah permulaan tahun baru bagi kalendar hijrah iaitu pada 1 Muharam. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam merupakan cuti umum di Malaysia dan disambut dengan bacaan doa akhir tahun dan bacaan doa awal tahun. Klik sini. Semoga semua mendapat manfaat. Amin.








PEACE, HARMONY, UNITED

Doa Awal Tahun Dan Doa Akhir Tahun.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,
Salam Maal Hijrah untuk semua.


Doa Akhir Tahun


Doa Awal Tahun
Dipetik dari sumber 1Khalifah.Terima kasih


PEACE, HARMONY, UNITED

Monday, November 21, 2011

Yeay!!!!!! Menang!!!!!!

Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah, kita MENANG!!! Tak dapat nak kata apa-apa. Terima kasih banyak-banyak pada MRAquzul kerana upload video ni. Harimau Malaya!!! AWESOME!!!KUDOS!!!



PEACE, HARMONY, UNITED

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hmmm, akhirnya sampai juga ke tarikh yang hanya boleh dijumpai lagi selepas 100 tahun!!! Lama tu. Agaknya mungkin takkan jumpa lagi tarikh secantik ni selepas ini. Wallahuallam. Biasalah, di tarikh-tarikh yang sukar ditemui seperti ini pasti akan menarik minat pasangan-pasangan bahagia mengabadikan hari perkahwinan mereka. Jika mereka sibuk dengan persiapan perkahwinan, Cik Chuain pun tak kurang juga sibuknya. Sibuk nak 'mendietkan blog'. Memandangkan blog ni semakin gemuk,(sensitif la pulak!!!) Cik Chuain telah memilih tarikh keramat ini untuk membuang 'lemak-lemak' pada blog ni. Ambil semangat. Hari ni buang lemak untuk blog dulu nanti manalah tahu tuan punya blog pulak kurus.. He he he Berbalik pada sessi mendietkan blog ni, sebenarnya ada satu sistem yang boleh menimbang berat blog kita ni.. Kalau nak cuba boleh klik sini. Pada mulanya loading time blog ini adalah 0.38 saat tetapi setelah membuang apa yang patut, loading time berubah kepada 0.12 saat!! Kira ok la tu kan..Kadang-kadang kalau lambat loading orang tak nak tunggu. Silap-silap pangkah terus. So, kalau nak orang terus menerjah blog kita, korbankanlah apa yang patut dikorbankan. Hu hu hu... Oh ya, Walaupun lambat, Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Korang semua memang best!!

PEACE, HARMONY, UNITED

Saturday, November 5, 2011

Tutorial 1: Cara nak masukkan countdown logo UPSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Atas permintaan Cikgu Mas, ini dia tutorial yang tak seberapa untuk kegunaan semua, terutama untuk pelajar PJJ Upsi Semester 2 yang mengambil Subjek TMK.
Nampak tak countdown yang ada logo UPSI kat header tu? Sapa nak html kod, sila angkat tangan.. He he he Oklah, tanpa membuang masa lagi kat bawah ni Chuain letak kod tu...
*******************************************************
 <center><iframe src="http://www.countdownr.com/external.html?logo=https%3A%2F%2Flh4.googleusercontent.com%2F-XXa1JeP1aZ8%2FTpaf8f1IsHI%2FAAAAAAAABCo%2F8euFwESVrvk%2Fs64-c%2FUPSI%25252520KECIL.jpg&amp;alert=&amp;time=2011_12_12_23_59&amp;title=DATELINE&amp;repeat=0&amp;url=&amp;background=transparent" frameborder="0" width="320" height="130" scrolling="no"><a href="http://www.countdownr.com">Countdownr</a></iframe></center>
*******************************************************
Cara nak masukkan:
1. Mula-mula masuk dashboard, pilih design.
2. Kemudian anda perlu menekan 'add a gadget' dan tekan 'HTML/Javascript'
3. Copy kod di atas dan paste pada ruangan disediakan. Jangan lupa save.
4. Selamat mencuba.
Sharing is caring. Jangan lupa follow.Thanks.






PEACE, HARMONY, UNITED

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...