Friday, October 28, 2011

Promo Astro Begitu Harmoni

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Bila bersantai bersama anak-anak di depan TV, pastinya siaran Astro Ceria menjadi pilihan. Channel ini memang menjadi pilihan anak-anak sejak dulu. Nak tak nak terpaksa la menonton jugak walaupun usia sudah meningkat :-)  Sebenarnya, ada satu benda yang hendak saya kongsikan di sini. Saya amat tertarik dengan salah satu promo yang dibuat oleh pihak Astro untuk satu slot kartun iaitu Hello Kitty. Setiap kali promo ini ditayangkan, anak-anak pasti akan melihat dengan penuh kusyuk. Dalam masa 1 minit, ia menunjukkan betapa kita rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama mempunyai keunikan yang tersendiri. Kepelbagaian elemen muzik yang ditonjolkan sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak didik kita untuk mengenali dengan lebih lanjut setiap jenis alatan muzik yang digunakan bagi setiap kaum. Ini akan saya kupas dengan lebih lanjut pada bahagian alatan muzik nanti. :-)Dengan persembahan muzik yang menarik, ternyata promo ini cukup untuk menambat hati anak-anak kecil. Happy viewing!!



PEACE, HARMONY, UNITED

Saturday, October 15, 2011

BAGEDIL TO PAGAL HA I- POTATO CUTLET

Olla...Bersama lagi dalam ruangan Masak Bersama Cik Chuain... He he he... Kalau mak kat kampung tahu la Cik Chuain bukak ruangan takde lesen macam ni, dah tentu terkejut besar! Mana taknya..biasa kalau mak tengah masak Cik Chuain la pengacaunya....kadang2 buat wawancara live lagi dari dapur..ha ha ha... Miss u mak! Dah tengok tajuk kat atas tu kan? Cik Chuain buat Bagedil To Pagal Hai hari ni...Bimbang gak tak jadi tadi...Jenuh berguru ngan Kak Ani tadi...Kali ni segala pantang larang diikuti....takut tak jadi macam dulu..Pernah buat sekali dulu tapi tak jadi..lembik semacam je...Akhirnya....TADAA!!!! Tengoklah kat bawah ni...Alhamdulillah, jadi....!! :p

Ada 12 keping semuanya..nyum..nyum..

BAHAN-BAHAN

Kentang dikupas kulitnya...
Bawang merah dimayang dan digoreng.
Ayam yang dicincang/tumbuk
Daun sup, lada sulah dan garam
Telur

CARA-CARANYA ADALAH:

Goreng kentang, toskan minyak dan lenyekkan
(Pantang: Tak boleh blend takut terlalu lembik)
Masukkan bawang merah yang digoreng tadi, 
Juga masukkan ayam cincang, daun sup lada sulah dan garam.
Gaul sebati. Bentukkan bulat2. Celupkan telur dan goreng dengan
api yang perlahan..Minyak pun tak perlu banyak sangat.
Bila dah kekuningan, angkat dan siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

PEACE, HARMONY, UNITED

Friday, October 14, 2011

AYAM GORENG MADRAS

Salam...He he he macam bagus je title kat atas tu..bikin gempak je sebenornya...Tengok tak apa, percaya jangan! Tapi percayalah, memang Cik Chuain ada masak Ayam Goreng Madras tu hari ni..Resepi tu Kak Zamruddah yang bagi..Thanks Kak Dah! Kalau nak tengok rupa resepi ayam ni boleh tengok kat bawah ni.. Rasanya? Kena la rasa sendiri tapi bagi Cik Chuain, hmmm yummyyy!!! resepinya mudah, senang nak ikut.. walaupun bahan-bahannya tak ikut 100% daripada yang asal, tapi tetap best!

Ni la rupa Ayam Goreng Madras! Nyum..nyum..




 AYAM GORENG MADRAS

Bahan-bahannya ialah:
Semestinya ayam / kepak ayam bukan itik atau angsa!
Jintan manis & Jintan putih ( tadi guna jintan manis je, jintan putih takde!)}
Bawang merah, bawang putih & halia  ( blend )}
Sos tiram, rempah ayam, tepung gandum, garam, air limau nipis}
Daun kari, minyak masak untuk menggoreng

p/s: yang ada tanda } gaul dan perap dengan ayam untuk 15 minit

Cara nak buat:

Panaskan minyak dan tumis daun kari dan goreng ayam yang telah diperap hingga garing dan angkat dan boleh dimakan dengan nasi panas dan HABIS.... Anda boleh mencuba resepi ini kalau suka.. ENJOY!

FAQ:
Kenapa tak ada sukatan bahan?

ANSWER:
Sebab resepi tu Kak Dah memang bagi macam tu jadi Cik Chuain ikut je...he he he






PEACE, HARMONY, UNITED

Thursday, October 13, 2011

Video Wajah 1 Malaysia

Salam Satu Malaysia.
Video ini sebenarnya telah saya hasilkan pada tahun lepas sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 SK Methodist ( ACS ) Kampar. Gambar-gambar dalam klip ni diambil semasa Hari Kibar Jalur Gemilang dan Hari Penyerahan Jalur Gemilang PIBG yang telah dijalankan sebelumnya. Untuk pengetahuan semua, murid-murid sekolah ini terdiri daripada kaum yang berbilang bangsa dan agama.Walaupun sekarang saya telah bertugas di tempat baru iaitu di SK Kuala Dipang, video ini saya boleh jadikan sebagai BBM untuk set induksi kerana ianya bersesuaian dengan salah satu tema di dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 5 iaitu 'Hidup Bersama Di Sekolah Dan Dalam Masyarakat'.  Bersemangat kalau dengar. Lirik pun ada disertakan sekali. Semoga semangat ini terus membara di kalangan murid-murid sekolah ini. Enjoy!

Lagu 1Malaysia : Faizal Tahir - Malaysia Satu

Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani
Melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan
Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janjiku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham
Pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang
Demi membawa perubahan
Satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia
Kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang
Kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan
(2x)


PEACE, HARMONY, UNITED

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...