Tuesday, November 29, 2011

BAHASA DAN DIALEK 2: PENGENALAN DIALEK

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Pernah dengar perkataan dialek? Tak pernah? Pernah kot. Bukan Dialog ye tapi DIALEK. Dalam matapelajaran PSK Tahun 5 untuk tema Kenali Budaya Malaysia ini, memang ada tajuk ini diketengahkan. Sebelum tu kita tengok apa yang dimaksudkan dengan dialek. KAMUS, apa maksud DIALEK?

Dialek

(dialék) satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain)
Ayat: dialek Kelantan; dialek Kedah.


 Ok, dah faham kan? Bagus. Kita tengok bahagian lain pula. Terdapat banyak dialek yang ditutur oleh sesuatu komuniti di sesuatu tempat. 

Contoh dialek bagi masyarakat Melayu ialah :
  • a. Dialek Kedah
  • b. Dialek Kelantan
  • c. Dialek Perak
  • d. Dialek Terengganu
  • e. Dialek Sabah
  • f. Dialek Sarawak

Contoh dialek masyarakat Cina.
  • a. Dialek Hokkien
  • b. Dialek Kantonis
  • c. Dialek Hakka

Contoh bahasa yang ditutur dalam masyarakat India.
  • a. Bahasa Tamil
  • b. Bahasa Malayalam
  • c. Bahasa Telugu
  • d. Bahasa Punjabi

Dah tahu serba sedikit mengenai bahasa dialek di Malaysia? Apa? Tak cukup lagi? He he he ini baru pengenalan. Nanti Cik Chuain masukkan lagi banyak info mengenai dialek-dialek  di atas. SETUJU?? OK, DEAL!! Video meletup hari ini, jom Belajar Bahasa Terengganu... YEAY!!!! Rugi tak tengok.. :)





PEACE, HARMONY, UNITED

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...