Monday, November 28, 2011

BAHASA DAN DIALEK 1: PENGENALAN BAHASA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Malaysia memang kaya dengan warisan budaya masyarakat berbilang kaum. Siapa setuju??? Boleh angkat tangan. :) Terima kasih. Sayang semua sekali. Terdapat pelbagai bahasa yang ditutur oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kita ada Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Bahasa Iban, bahasa Kadazandusun dan banyak lagi. Namun begitu bahasa utama yang dituturkan di Malaysia adalah Bahasa...???  A- Bahasa Semai   B- Bahasa Parsi   C. Bahasa Melayu. Jawapannya sudah pasti C- Bahasa Melayu. Alamak!!! Ada yang salah??? Kena belek buku teks balik ni. Tak apa. Cik Chuain sedia membantu. Ceritanya begini..... Tersebutlah kisah semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, "Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara." Boleh ingat?? Bagus... Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai asal usul Bahasa  Melayu, boleh tekan SINI , OK! Di bawah ini Cik Chuain letakkan video berkaitan dengan bahasa utama di Malaysia. Iklan-iklan ini pernah ditayangkan di skrin televisyen lama dulu dan cukup untuk menunjukkan kepada kita bahawa semua rakyat Malaysia boleh hidup bersama dalam keadaan harmoni, bersatu padu dan berjiwa Malaysia. Peace, Harmony, United!









PEACE, HARMONY, UNITED

2 comments:

  1. Tu la..ni baru pengenalan bahasa, nanti bila dah mula masuk entry dialek... lagi bykk..:) Thanks for dropping by Ana Farhana. Datang lagi tau..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...