Friday, October 28, 2011

Promo Astro Begitu Harmoni

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Bila bersantai bersama anak-anak di depan TV, pastinya siaran Astro Ceria menjadi pilihan. Channel ini memang menjadi pilihan anak-anak sejak dulu. Nak tak nak terpaksa la menonton jugak walaupun usia sudah meningkat :-)  Sebenarnya, ada satu benda yang hendak saya kongsikan di sini. Saya amat tertarik dengan salah satu promo yang dibuat oleh pihak Astro untuk satu slot kartun iaitu Hello Kitty. Setiap kali promo ini ditayangkan, anak-anak pasti akan melihat dengan penuh kusyuk. Dalam masa 1 minit, ia menunjukkan betapa kita rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama mempunyai keunikan yang tersendiri. Kepelbagaian elemen muzik yang ditonjolkan sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak didik kita untuk mengenali dengan lebih lanjut setiap jenis alatan muzik yang digunakan bagi setiap kaum. Ini akan saya kupas dengan lebih lanjut pada bahagian alatan muzik nanti. :-)Dengan persembahan muzik yang menarik, ternyata promo ini cukup untuk menambat hati anak-anak kecil. Happy viewing!!



PEACE, HARMONY, UNITED

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...